Bulan Islam.


السلام عليكم

Namaku diberi Syaza Hazirah. Sedang berusaha ke arah kebaikan. Bersama sama menegur atas apa kesilapan. Kerana di dunia ini tiada siapa pon yang tidak pernah melakukan kesilapan. Nabi Muhammad sahaja yang Maksum (Tiada Silap). Semoge blog saya sedikit sebanyak memberi faedah kepada kalian, Wallahua'lam (: *Blog ini kalau di View by Mozilla Firefox lg Best*

Monday, January 31, 2011

Cuti ini. Part 1

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog kan? Ini disebabkan Syaza kena pergi satu kursus ni di Bandar Tasik Selatan (BTS) sementara menunggu keputusan SPM yang akan dikeluarkan pada bulan tiga ni. Kursus ni adalah kursus agama, tetapi takdelah berulang-alik dari rumah ke BTS tu.. Syaza kat sana duduk asrama. Memang pada mulanya rasa berat je nak keluar dari rumah pastuh nak tinggal kat sana berbulan-bulan plak tuh. Dah lahh first time tinggalkan family lama-lama, pastuh tak tahu apa akan berlaku bila sampai kat sana nanti. Macam-macam ada dalam fikiran masa tuh. "Alaa, tak ada kawan lahh, mesti sorang-sorang" "Malunyeeeeeee..." dan macam-macam lahh.

First day je kat sana memang ada yang tegur, budak sebaya ngan saya, tapi tak adalah sampai jadi kawan pe semua. Second day plak, ada budak sebaya juga masuk asrama, dia kerja kat sana and tak nak berulang-alik dari rumah ke sekolah, tu yang dia tinggal kat asrama. Kat asrama tuh dah lahh kitorang berdua je, masing-masing bercakap dengan sopan plus malu-malu kucing je. After 1 week, anak ustaz yang form 5 plak yang masuk kat asrama. Hurm, apa lagi dah tak ada lagi lahh nak rasa malu ke, segan ke, gelak cara ayu ke semua.. Masing-masing jadi diri sendiri. Memang best, tak adalah rasa sunyi je kat asrama tuh kan?

Minggu yang ke-3 seorang lagi pelajar masuk asrama, form 3. Lupa plak nak bagitahu cerita kelakar kat asrama tuh. Time kitorang berdua je, kitorang tidur kat runag tamu, tiba budak form 5 tuh pon join kitorang tidur kat luar gak. Masing-masing takut nak tidur dalam bilik, hahaha. Tpi bila budak form 3 tuh masuk, baru lahh kitorang semua tidur kat dalam bilik. Satu bilik dua orang. Yelah, takkan nak tidur kat luar berempat-empat orang plak kan? Nanti tilam tuh memanjang je kat ruang tamu, hehehe :D
Ok lah, nanti sambung part 2 plak ye. Banyak betul nak story nihh.
SYUKRAN! ILLALIQO' MA'ASSALAAMAH.

No comments:

Post a Comment

You are invited to read: