"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita(isteri) yang solehah" (Riwayat Muslim). Hari nii terdetik di hati nak update pasal wanita setelah dengar lirik lagu wanita yang dinyanyikan oleh kumpulan Dehearty. Bila kita hayati betul betul lagu tuh, ada makna tersirat di situ. Kaum wanita lah yang selalu di angkat martabatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sendiri telah menyuruh kaum lelaki supaya berbuat baik kepada kaum wanita.
Wanita, kita sering dengar bahawa wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki. Tahukah kita bahawa tulang rusuk kiri terletak dekat dengan bahu dan hati. Ini kerana wanita perlu dikasihi dan dilindungi. Sifat kelembutannya jualah yang menjadikan dirinya perhiasan dan bukan kelemahan. Hati wanita juga lembut dan tidak keras seperti lelaki oleh sebab tulahh dia mudah tersentuh. Seperti seorang ibu pastinya pandai memujuk anaknya dengan kata kata yang lembut. Oleh itu wanita, bersyukurlah kita dengan kurnianNYA :)
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir).

No comments:
Post a Comment