Assalamualaikum,
Sudah masuk tiga minggu aku diberi cuti sem. Kolej memberi dua bulan setengah cuti semester! Waa! lame kan? hmm boleh lah. Duduk rumah seperti biase menjadi suri rumah, ayu kan. untuk mengekalkan kekemasan lahh katekan (konon). Tambahan, lagi lagi bulan puasa, jadi kenalah bantu untuk masak di rumah untuk dijadikan hidangan makan malam, hehe.
Okeii back to the topic. Before kitorang cuti semester, kolej mengadakan satu aktiviti perkhemahan yang bertujuan untuk release tension. Hmm, nampak macam best kan. Okeii jujur ku katakan pada awalnya rasa tertekan sebab dapat penjagaan yang ketat. Sebab yang kitorang dok pikir aktiviti yang memang untuk release kan tension. Tetapi kakak fasi memang baik dan memahami, and dapat pula ustazah yang sememangnya menghargai apa yang kami/anak buah dia lakukan pada slot LDK.
Hmm, satu lagi, ade lahh satu slot nii, tetibe fasi tuh tanye sape ade blog kat sini? dorang semua cakap aku. Haiyoo, memang rase masa tuh nak ketip mulut sorang sorang. Dari orang tak tahu jadi tahu puleee. Lepas tuh fasi tuh suruh plak aku bangun and cakap ape yang aku tulis kat blog, huh! lantas ku menjawab dengan penuh keyakinan "Pengajaran yang berlaku dalam kehidupan" emm, yeke? hmm yelahh agaknye.
Banyak benda yang sememangnya di luar jangkaan tentang aktiviti di kem nii yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri. Namun pada akhir slot kem ini akhirnya ssalah seorang dari sahabiah aku telah menyedarkan bahawa kita pon perlu didakwah juga kerana setiap insan ada turun naiknya dalam kehidupan. Kadang kadang kita berada di atas, dan kadang kadang kita berada dibawah. Kita pun perlu ditarbiyah juga sebelum nak mentarbiyah orang. Akhir kalam, aku terfikir setiap yang berlaku diselitkan hikmahnya walaupun kita rasa benda trsebut tiada manfaatnya Hmm betul ke ayat nii, Insyaallah! Itu pandanganku.


No comments:
Post a Comment