Assalamualaikum,
Nampak tajuk entry kali ni macam serius sangat kan. Okeii, so, hari tu ada tengok semula cerita Juvana. Alahh, yang ada Syazwan Zulkifly, Johan A'ari semua tuh. Sebab tengok balik? Terjumpa di youtube as trend, lagi lagi memang suka pun cerita aksi ni. So, I decided to watch it again, and tengok part yang best sahaja lah.
Tengok punya tengok, mula terfikir bahawa, manusia jangan dilihat akan masa lalunya yang mungkin hitam sedangkan waktu sekarang ni dia dah berjaya mengubah dirinya. Pandangan masyarakat yang asyik mengungkit kisah silam akan menyebabkan individu tersebut merasa lemah dek kerana masyarakat sekeliling yang masih memandang serong.
Aduh! Susah kan? kesian kalau terjadi kepada mereka mereka yang berkenaan. Yang paling utama, Husnuzon lah dengan setiap perubahan yang baik terhadap seseorang, dan jangan cepat sangat melabel seseorang tuh. Contohnya, orang tu pernah mencuri, takkan dia dah insaf kita terus menerus nak melabel kan dia pencuri jugak. Mana kita tahu, mungkin akhirnya nanti dia lebih mulia dari kita, we never know!
Secara kesimpulan cerita ni yang mungkin sedikit sebanyak boleh kita ambil bahawa pengakhiran sesorang tu kita tak tahu bagaimana apatah lagi diri kita ni. Jadi kita usah cepat menunding dan memandang mereka dengan negatif kerana tugas kita sebagai seorang yang bergelar Muslim, yakni dai'e perlu mengajak mereka serta mengajar mereka dan membantu mereka ke jalan yang lebih baik bersama dan bukan menghukum mereka.
Akhirnya, teringat pesan salah seorang murabbi, "Kalau tengok cerita, jangan main tengok sahaja.." lebih kurang gitu lah katanya. Maksudnya disini bukan kita nak cari kelemahan atau kelebihan sesebuah cerita tersebut namun, kita terapkan apa yang kita belajar di kuliah. Sebagai contoh, kata-kata atau dialog yang digunakan, adakah ianya menyalahi agama atau aqidah? Dari segi pakaian, dari segi pengajaran dan pelbagai aspek lagi. Jadi, kesimpulannya tengok jangan sebarang tengok kosong sahaja, pesanan untuk diri ini juga. Peace!
Wallahua'lam (:

terbaekk ustazah..:)
ReplyDelete