Di hadapan TV Al-Hijrah
Sudah lama syaza membiarkan laman blog ini begitu sahaja tanpa kata-kata. Bukannya apa, telah banyak perkara yang telah berlaku sejak dua menjak ini. Banyak perubahan yang perlu dilaksanakan untuk masa depan diri di dunia juga di akhirat kelak. Alhamdulillah, hari ini syaza berkesempatan untuk menulis dan mengarang di dalam blog ini yang serba kekurangan.
Pada malam semalam, jam 9.00 malam, syaza dan keluarga telah menyertai program yang diberi nama "Demi Palestin". Satu program yang dimana untuk menunjukkan rasa perihatin kita terhadap saudara seislam kita yang telah dizalimi sejak 40 tahun lebih dahulu oleh Zionis Laknatullah 'Alaih. Mereka bukan ingin kita ke sana dan membantu mereka. Cukuplah sekadar kita di sini, memboikot barangan mereka bagi menjatuhkan ekonomi mereka agar mereka tahu bahawa, mereka tidak boleh mengusik saudara dan mencabul negara Islam!
Program anjuran TV Alhijrah telah didakan secara Lansung dari Dewan Muktamar Alhijrah. Program yang sangat menusuk di kalbu kerana disampaikan oleh mereka yang pernah berkhidmat untuk membantu rakyat Palestin di sana yang diantaranya Afdlin Shauki (Duta Aqsa Sharif), Heliza Helmi dan Farah Adiba. Turut serta, kumpulan Nasyid UNIC, Saujana, Hijjaz, Rabbani dan ramai lagi. Semuanya dilakukan secara percuma.
Akhir program, seusai Siaran Langsung program ini diakhiri dengan laungan khaibar khaibar yang dibawa oleh Sdr Amin Idris, pengacara program ini dan Lailaha Illa Allah yang dibawa oleh Sdr Muadz, salah satu selebriti yang turut serta dalam program ini. Laungan bergema di dalam Dewan tersebut dan disambut pula oleh kami dengan semangat. Akhir kata, moga semangat ini akan terus menerus tersemat di dalam diri untuk menentang Zionis Laknatullah. Wallahua'lam.


No comments:
Post a Comment