Assalamualaikum,
Dua
hari yang lepas, pada 29 Dis 2012 Syaza and family telah pulang ke
kampung. Before ke kampung baba bawa kami semua ke Ladang Arnab. Sangat
menarik! bukan sahaja ada arnab malah lembu besar macam gergasi pon ada.
Bila ke ladang arnab ni, teringat pula dulu pernah bela 10 ekor arnab.
Dari bapa dengan mak, maka berkembanglah zuriat mereka itu sehingga
menjadi 10 ekor. Wah wah wah! Tapi akhirnya si bapa arnab pon hilang.
Sangat sedih sebab yang si bapa ni arnab kesayangan Syaza. Al-kisahnya,
menjadi rutin kitorang akan lepaskan sekejap dekat laman rumah
memandangkan rumah corner lot. Satu hari tu, panggil punya panggil tak
datang pun, cari punya cari tak ada. Sedih! Okeii back to the topic,
Syaza tunjukkan gambar apa yang ada kat sana.
Haa! itu laa yang ada kat sana,
tapi masih ada banyak lagi, takkan nak letak semua kot. Okeii lepas tu
kitorang pun pulang laa ke kampung.
Keesokan
harinya, 30 Dis 2012, kitorang sama-sama memetik buah rambutan yang
baaaaaanyak sangat. Kalau tak ambil membazir je nanti tak dipetik. Baba
tukang petik siap panjat pokok lagi tu, kitorang dan nenek kutip
rambutan and ketuk ketuk, nak tahu kenapa ketuk? Sebabnya baaanyak
sangat semut yang ada kat rambutan, orang kata kalau ada semut tu
maksudnya buah rambutan tu manis. Nak tahu betul ke tak, kena lah rasa.
Okeii, ini gambarnya.
Merah kan kulit dia? Cantik pula
tuu. Ini sebahagian rambutan yang kami petik. Syaza rasa sangat terisi
masa Syaza dari perjalanan ke kampung sehingga pulang ke kampung. Itu
sebab laa Syaza menulis tentang kampung kali nii. Semoga cuti anda
dimanfaatkan! (:
Esok
kita dah nak masuk di ambang 2012. Jadi malam ni mesti ramai yang
menyambutnya. Menyambutnya tiada masalah cuma bagaimana kita
menyambutnya? Adakah mengikut Syariat atau pun sebaliknya? Wallahua'lam.
Sampai sini dahulu, Illaliqo' Ma'assalaamah!



No comments:
Post a Comment