Assalamualaikum,
Kini kalendar telah bertukar wajah. Dari segi tahunnya, tarikhnya serta harinya. Jika dulu 1 Januari 2012 pada hari Ahad. Kini 2013, 1 Januari telah bertukar pada hari Selasa. Aku juga begitu, meningkat satu angka dari usia ku ini. Dulunya belasan dan ditambah angka menjadi puluhan. Ya Allah, meningkatnya usia ini, namun adakah amalan ku cukup? Adakah hubungan aku denganMu, Ya Allah terjaga? Adakah hubunganku sesama manusia se-Islam aku dijaga baik? Ayat itu mulai berlegar-legar di fikiranku.
Malaysia, juga terlibat dalam menyambut Ambang 2013. Ada manusia yang menyambutnya dengan aliran yang betul, ada juga yang masih ingin menyambutnya dengan 'ganas'. Aku? Aku hanya terpaku di dalam rumah sambil mendengarkan lantunan bunga api yang tak putus putus. Entah mengapa aku tidak merasakan untuk meraikannya. Adakah ini menyalahi?

*Mungkin sifat memafkan dan melupakan, salah satu kategorinya adalah seperti ayat di atas (Pic:Diambil dr Google)
Kembali pada tajuk aku pada Tahun Baru kalendar Masihi ini. Orang sering menyatakan perasan maaf namun tidak akan pernah melupakan apa yang telah terjadi. Tidak terkecuali aku, yang tidak pernah lari dari perasaan marah, yang keras hatinya untuk melupakan apa yang terjadi. Namun kini aku sedar, apakah aku ini cukup baik sehinggakan boleh terpancul ayat sebegitu? Tidak! Itulah tanda mereka yang jahil. Mengapa aku berkata sedemikian? Sekiranya manusia yang memaafkan namun sukar melupakan peristiwa tersebut bererti kurangnya ilmunya. Jika ilmu ada di dada masakan dia tidak bersabar untuk menahan perasaan itu? Nafsu yang membuak-buak membuatkan kita masih merasakan perasaan itu. Memang benar luka yang terdapat di dalam hati akibat kemarahan kita pada seseorang masih terparut walaupun memaafkannya, namun masih boleh diubati dengan Vitamin kasih dan sayang Lillahi Taala. Sedangkan parut yang di kulit sendiri boleh dihilangkan dengan pelbagai Vitamin, inikan pula hati yang tercalar.
Betapa jahilnya aku, kurangnya ilmuku untuk ke akhirat yang kekal abadi. Bagi aku, mungkin sikap itu boleh digolongkan dalam kategori balas dendam. Aku akan cuba menghakis setiap memori yang menyebabkan aku marah kepada seseorang. Akhir kata, cubalah memaafkan manusia yang membuat kita marah dan cubalah untuk melupakannya. Ada kemungkinan juga ianya akan membuatkan kita lebih tenang tanpa memikirkan memori hitam yang membuatkan kita bengang dan marah. Kita marah, mereka minta maaf, namun kita memaafkannya tapi sukar melupakannya seakan-akan tidak memaafkan dan kita lah penyebab putusnya Silaturrahim. Aku, manusia, wanita, muda, jahil dan masih perlukan bimbingan mereka yang berilmu. Maafkan kata-kataku seandainya kasar dan sebagainya. Wallahua'lam (:

No comments:
Post a Comment